real estate menu left
real estate menu right
real estate company logo

Pentadbiran

Menu Login

Pengunjung

011153
TodayToday41
YesterdayYesterday72
This WeekThis Week160
This MonthThis Month533
All DaysAll Days11153
Laman Utama Kata-Kata Aluan Presiden
PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Women @ RIGHTS   
Isnin, 11 Ogos 2008 06:00

 

 

 Presiden The RIGHTS
YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali

 


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

 

Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk memberikan sepatah dua kata diruangan ini, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah WomenShoppe Berhad yang mempunyai ide bagi mewujudkan Projek Women @ RIGHTS.

Saya telah beberapa kali diberikan kesempatan untuk memberikan ceramah kepada persatuan dan perkumpulan ibu-ibu tunggal di beberapa negeri dan daripada maklum balas yang diterima lebih daripada 65 peratus ibu-ibu tunggal ini memerlukan sokongan dan bimbingan berterusan daripada pihak-pihak lain terutama dalam membina ekonomi keluarga.

Walaupun ada banyak persatuan ibu-ibu tunggal, namun tidak banyak yang dapat membantu terutama ibu-ibu tunggal dan wanita yang susah.  Ini disebabkan ibu-ibu tunggal dan wanita susah ini tidak berkesempatan untuk berinteraksi dengan persatuan-persatuan yang ada yang boleh dikatakan persatuan elit.

Bagitu juga jabatan dan agensi berkaitan yang mengharapkan sokongan persatuan-persatuan untuk memberikan mereka maklumat mengenai ibu-ibu tunggal dan wanita susah ini.  Namun jika persatuan dimonopoli oleh golongan elit, bagaimana mungkin ibu-ibu tunggal dan wanita susah yang sangat memerlukan ini akan mendapat pembelaan.

Harus diingat, bahawa ibu-ibu tunggal dan wanita-wanita susah ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dan mereka WAJIB DIBANTU kerana bersama mereka terpikul tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak.  Jika kita gagal melihat perkara ini secara serius dan holistik, jangan terkejut nanti akan ramai anak-anak dibawah jagaan mereka juga akan mendapat kesan dan ini sudah tentunya akan memberi juga kesan kepada bukan sahaja keluarga tetapi juga masyarakat.

Jika kita mahu melaksanakan, buatlah seikhlas mungkin, jika tidak lebih baik tidak payah dan berilah tanggungjawab tersebut kepada orang-orang yang mahu melakukan.  Jangan mereka dihalang kerana takut kehilangan kredibiliti, jangan mereka dihalang kerana takut hilang jawatan kerana jika kita terus menjadi penghalang, Allah SWT juga akan membalas kerana ketidakikhlasnya kita.

Takutlah pada Allah, takutlah pada azabNya, takutlah apa yang akan dihisap disana nanti, kerapa apabila diberi tanggungjawab kita gagal melaksanakan.

Saya berharap Women @ RIGHTS akan mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak mahupun kerajaan, kementerian, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, sektor swasta dan orang-orang perseorangan.

Dengan itu, saya juga berharap Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang telah dilantik memberikan komitmen dengan sesungguh hati demi masa depan Ummah dan Masyarakat serta Negara Malaysia tercinta.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Haris Fadzlah Mat Ali
Presiden
The RIGHTS
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

 

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 15 Disember 2009 12:25
 


WomenShoppe Berhad. XHTML and CSS.