real estate menu left
real estate menu right
real estate company logo

Pentadbiran

Menu Login

Pengunjung

010978
TodayToday47
YesterdayYesterday58
This WeekThis Week455
This MonthThis Month358
All DaysAll Days10978
Laman Utama Berita
Berita
Calon Ahli Lembaga Pengarah Perhubungan Korporat dan Pegarah Projek dicari PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Women @ RIGHTS   
Isnin, 19 Julai 2010 00:00

Putrajaya 19 Julai 2010 -   WomenShoppe Berhad adalah sebuah konsortium yang mengendalikan program khas untuk wanita di dalam Projek GENOME X yang telah dilancarkan pada 17 Januari 2008.

Melalui beberapa proses pemilihan dan penilaian, jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pengarah Projek dan Pengarah Kewangan bakal diisi pada 30 Julai 2010. 

Kekosongan Ahli Lembaga Pengarah Perhubungan Korporat dan Pengarah Projek terbuka kepada semua wanita yang mempunyai komitmen tinggi dalam menjalankan aktiviti syarikat WomenShoppe Berhad. Kepada wanita yang berminat mengisi kekososongan jawatan ini, sila hantar resume ke alamat email Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya . Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2010.

Beberapa projek bakal dijalankan untuk memangkin ekonomi wanita serantau terutamanya dalam meningkatkan pendapatan isi rumah golongan berpendapatan rendah.

Pada minggu ini 2 program akan dijalan: (1) Peluang Perniagaan Aksesori Wanita akan dijalankan pada 20 julai 2010 , (2) Perlantikan Mentor WomenShoppe Berhad dari kalangan usahawan yang telah berjaya pada 21 Julai 2010. Mentor ini bersedia untuk memberi latihan dan panduan kepada wanita-wanita untuk meningkatkan kemahiran dan akhirnya boleh membangunkan perniagaan sendiri pada masa hadapan.

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 01 Ogos 2010 11:17
 
Ingin Jadi Jutawan Sebagai Pengasas Produk Kecantikan dan Herba PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Women @ RIGHTS   
Jumaat, 09 Julai 2010 00:00

Pastinya ada ramai wanita yang ingin menjadi juwatan sebagai Pengasas Produk Kecantikan dan Herba. WomenShoppe Berhad ingin membantu menjadikan impian anda menjadi realiti.

Sudah tentu setiap impian mempunyai perancangan jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang. Sudah tentu juga setiap impian mempunyai langkah pertama untuk menjadikannya realiti. Disinilah kita harus bermula....

Pencarian ilmu, kemahiran dan jaringan adalah amat penting. Hadir bersama di seminar menjadikan impian anda realiti seperti butiran berikut:

Tarikh
:24 Julai 2010
Masa
:
09.30 pagi - 5.00 petang
Tempat
:
TPM Biotech Sdn Bhd, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Yuran Seminar
:
RM150.00/seorang, pakej 3 orang RM400.00

 

Antara Agenda Seminar :

1.    Perkongsian Ilmu berkaitan dengan 'Contract Manufacturing' oleh Pengilang GMP (General Manufacturing Practice)

2.    Bagaimana 'Contract Manufacturing' boleh membantu usahawan memulakan perniagaan sebagai Pengasas Produk dengan modal yang sangat kecil.

3.    Perkongsian Ilmu dengan beberapa mentor dari kalangan usahawan yang telah berjaya.

4.    Lawatan ke makmal untuk memilih serta pemilihan produk untuk dijadikan satu produk pilihan peserta untuk memulakan perniagaan sebagai Pengasas Produk

5.    Menjadikan semua peserta kursus sebagai usahawan dibawah kendalian dan pemantauan WomenShoppe Berhad.
 
Untuk hadir dan sebarang maklumat sila hubungi Puan Junaidah di talian 019-3934736 atau pejabat 03-888 0030 atau boleh juga email kepada : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya .
 
Beberapa langkah keusahawanan telah dilakukan..namun belum berhasil. Mungkin langkah ini andalah takdir anda menjadi jutawan. Silakan mendaftar dengan kami untuk memulakan langkah anda sebagai jutawan. Jumpa di sana!
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 15 Julai 2010 07:23
 
Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah WomenShoppe Berhad PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Women @ RIGHTS   
Jumaat, 09 Julai 2010 00:00

 PUTRAJAYA 8 Julai 2010.  Pencarian ALP WomenShoppe Berhad sudah hampir mencapai sasaran. Pemilihan terbuka telah diadakan pada 2 Julai 2010 di Bilik Taklimat , INSKEN, Menara Usahawan, Putrajaya. Seramai lima orang calon telah hadir. Lima calon wanita tersebut terdiri daripada usahawan dan mempunyai kerjaya yang telah stabil. Mereka menghadirkan diri kerana keinginan untuk menyumbangkan ilmu dan kemahiran untuk membangunkan ekonomi wanita serantau.

Manjadikan pemilihan lebih mudah kerana calon-calon tersebut hadir dengan bidang kemahiran yang berbeza dan menjadi keperluan WomenShoppe Berhad sebagai peneraju dalam bidang mereka untuk memberi khidmat kepada wanita dalam bidang keusahawanan. Calon yang hadir terdiri dari pakar dalam bidang berkut:-

1) Perakaunan dan perkara berkaitan dengan Pematuhan Akta Syarikat.

2) Perhubungan Korporat

3) Penggubal Polisi, Panduan dan Pengkalan Data

4) Pembangunan dan Pemasaran Produk

5) Pengurusan Sumber Manusia dan Usahawan

 

Perlantikan rasmi akan dijalankan pada hari Isnin 12 Julai 2010 minggu hadapan. Nama ALP WomenShoppe Berhad yang baru akan diwar-warkan sebaik sahaja perlantikan dilaksanakan.

 

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 09 Julai 2010 07:18
 
Puan Junaidah Hamdan kini Ketua Eksekutif WomenShoppe Berhad mulai 1 Julai 2010 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Women @ RIGHTS   
Rabu, 30 Jun 2010 06:53

PUTRAJAYA 30 Jun -  The RIGHTS dengan rasminya telah melantik Puan Junaidah Hamdan sebagai Ketua Eksekutif, WomenShoppe Berhad.  Beliau yang kini berumur 41 tahun akan memulakan tugas bermula 1 Jul 2010.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dijangka mampu melonjakkan syarikat dalam membantu ibu-ibu tunggal dan wanita-wanita untuk menjadi usahawan.  Beliau juga kini sebagai JK Perunding Penduduk Kawasan Kota Warisan, Sepang dan sangat aktif bergiat dalam pembangunan komuniti.

Selain itu, Puan Junaidah Hamdan merupakan penulis buku 101 home-based business dan beberapa buah buku lagi mengenai keusahawanan.

Puan Junaidah akan akan dibantu oleh 8 orang Ahli Lembaga Pengarah yang akan dilantik pada temuduga terbuka pada 2 Jul 2010 bertempat di INSKEN, Presint 2, Putrajaya nanti. 

 
produk terbaru di pasaran.. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nursuhana Izawati   
Khamis, 11 Mac 2010 02:13

10/03/2010 - Women@rights melangkah setapak lagi dengan kehadiran produk baru yang diberi nama kembali muda, Produk yang akan menjadi idaman wanita.

10 jenis bahan semulajadi yang terkandung didalam produk ini ialah, Saffron, Ubi Bit merah,sireh, kacip fatimah, manjakani, pegaga,halia, kolagen, pueraria lobata

 kebaikan dan fungsi nya,

mengatasi masalah pencernaan, membuang toksid didalam badan, menjadikan badan segar dapat melakukan tugas seharian, mengatasi kulit kasar, dan kulit berkedut, membantu menganjal, menegang, menghalus dan mencerahkan kulit, menyegar dan mencerahkan kulit wajah yang kusam dan berjeragat, menganjal dan menegangkan kulit, punggung dan payudara yang telah melendut, mengatasi masalah senggugut..

membantu memulihkan tenaga batin wanita serta mengembalikan keindahan malam pertama dan merapatkan keintiman rumah tangga. merapatkan serta mengatasi masalah kentut vagina atau maslah vagina berbau serta mcm2 maslah lain. membuang angin dalam badan, membantu mendapatkan bentuk badan yang ideal, kaya dengan vitamin dan mineral.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 11 Mac 2010 02:21
 
« MulaSblm1234567KemudianAkhir »

Laman 1 dari 7


WomenShoppe Berhad. XHTML and CSS.